Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan
Manusia ini perlu memelihara 2 hubungan iaitu:
- Hubungan dengan Tuhannya, Allah
- Hubungan dengan Manusia (keluarganya, jirannya, gurunya, sahabatnya dsb)
Allah berpesan apabila membina hubungan dengan manusia lain dalam surah Al Hujurat ayat 12:
Wahai mereka yang beriman, jauhilah daripada kebanyakan prasangka kerana sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa. janganlah kamu mengintip kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.
Setiap insan dilihat pada potensi kebaikan nya…manusia ini boleh hidup bahagia jika dia faham apa Allah pesan pada ayat 2 surah Al Maidah yang bermaksud:
Bertolong-tolonganlah kamu di atas perkara kebaikan (taqwa) dan janganlah pula kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan permusuhan.
Sedikit kebaikan dari kedua pihak yang bermusuh perlu disinergikan bersama agar hati-hati yang keras akan menjadi lembut memaafkan
No comments:
Post a Comment