Thursday, March 17, 2011

mood study


final dh nk hmpir, aku start 28/04/11 ermmm takutnya nk hadapi. Hidup di UITM lain daripada hidup aku di Politeknik dlu, lagi sebulan nk final dh prepare mcm2 note tapi di sini aku x rasa aku blajar apa2 pn...mmg malas sgt2...balik je dr kuliah lps 2 x da masa nk ulangkaji balik subjek 2 tunggu minggu dpn plk tgk...2 pn klu klu da tugasan last2 minit ja bru buat..kesian mak n abah msti dema pikir ak belajar sungguh-sungguh. aku nk berubah tabiat ni, tapi ada saja benda yang menghalang. YA ALLAH bantulah hambamu ini, lapangkanlah dada mudahkan aku menerima ilmu pengetahuan dan terangilah hati hambamu ini....amin

Wednesday, March 16, 2011

ular sawa telan anak lembu


BALING, Ahad – Seekor ular sawa seberat kira-kira 150 kilogram dan sepanjang enam meter dijumpai kekenyangan selepas menelan seekor anak lembu, di Kampung Tok Pelata, Kupan, dekat sini semalam.Ular berkenaan dijumpai pemilik lembu terbabit, Ismail Teh, 58, di tepi sebatang parit di kaki bukit di kampung berkenaan, kira-kira jam 6 petang semalam.Ketika ditemui, ular berkenaan tidak mampu bergerak akibat terlalu kenyang selepas menikmati keenakan anak lembu jantan berusia kira-kira setahun setengah itu.Ismail berkata, beliau menyedari kehilangan anak lembunya itu petang semalam, lalu mencarinya di sekitar kampung terbabit.“Puas saya mencari anak lembu itu tetapi gagal. Bagaimanapun, saya terkejut apabila menjumpai seekor ular sawa batik yang kekenyangan di tepi parit itu.“Bila saya amat-amati, ada semacam ada anak lembu dalam perut ular itu. Saya cepat-cepat meminta bantuan beberapa remaja yang tengah bermain bola tidak jauh dari Bukit itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.Beliau berkata, ular berkenaan dipercayai mencari air di parit berkenaan akibat kehausan selepas menelan anak lembu terbabit.Dengan bantuan kira-kira 10 remaja kampung itu, ular berkenaan berjaya diiikat di sebatang kayu lalu diusung ke rumah Ismail lewat petang semalam.Ismail bercadang menyerahkan ular sawa batik itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).“Walaupun kerugian akibat kehilangan anak lembu, saya tetap puas hati kerana pembunuhnya dapat saya jumpai,” katanya.Jun lalu seekor ibu ular sawa jenis yang sama dijumpai bersama 150 ekor anaknya yang baru menetas di Kampung Tiak, Kupang, dekat sini.Ular seberat kira-kira 160 kilogram itu ditangkap penduduk kampung berkenaan, lalu diserahkan kepada perhilitan.


assalammualaikum....

ermmmm dh lama aku nk login blog ni..tp passwd lupa plk n busy tersgt2..he4..skrg ak dh 23 thn...blog ni ak join time ak study dkt politeknik ag...tp asyik sgt dgn blog friendster dlu smpai terlupa nk update blog ni...skrg tibalah msanya aku aktifkan blog ni...aku ni bnyk sgt masa freenya...klu on9 ja msti on9 fb...borink sgt2...update gambar je kerjanya....arap dengan blog ni ak boleh luahkan perasan aku ni...ak jenis yg x suka luahkan perasaan di hadapan orang...dlm aty ni je yang dapat ak simpan...mujur da blog ini...he4